Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac
1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (pengasas) menubuhkan TKRS ialah
Sekolah Kebangsaan Seri Melati,Kuala Lumpur. TKRS ditubuhkan khas untuk
murid-murid sekolah rendah sepertimana Kadet Remaja sekolah untuk
pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah
untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini
kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum,
matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja
Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja
Islam
Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama
Tunas Kadet Remaja Sekolah.
1. LATAR BELAKANG
1.1 Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam
menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan
Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi
membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan
kokurikulum yang sedia ada
telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan
minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang
perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi
mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang
dinamik dan berkualiti serta
mempunyai perkembangan sahs iah yang seimbang dari segi
jasmani , emosi, rohani dan intelek ( JERI ).
1.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dan
Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah
menengah/rendah kerajaan dan bantuan kerajaan
seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di
sekolah. Kewujudan KRS/TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa,
minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.
2. RASIONAL
2.1 Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk
melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.
2.2 Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat
membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti
penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.
2.3 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini
yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan
cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
2.4 Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek
potensi manusia yang berteraskan ilimu dan amal ke arah pembinaan dan
pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang
tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3. MATLAMAT
Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia,
berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan
Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.
4. OBJEKTIF
4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan
agama, bangsa dan negara.
4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan,
memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta
inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
4.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan
kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan
mewujudkan integrasi nasional.
4.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami,
menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.
4.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi
pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
5. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS peringkat
Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah sminar dan bengkel konsep dan operasi
KRS/TKRS. Kursus Pemimpin diperingkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek
pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS. Bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah( TKRS )
dicadangkan
supaya ditubuhkan di semua sekolah rendah seluruh Malaysia
agar murid-murid didedahkan lebih awal mengenai Kadet Remaja Sekolah seperti
mana pasukan pakaian seragam yang lain ( Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,
Persekutuan Pengakap Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia,Persatuan Pandu
Puteri Malaysia, St. John Ambulans Malaysia, Pasukan Pancaragam dan Seni Bela
Diri )
6. BIDANG AKTIVITI BERSEPADU KRS DAN TKRS
6.1 Disiplin dan Kerohanian
6.2 Ketahanan diri dan Kebudayaan
6.3 Alam Sekitar
6.4 Keusahawanan
6.5 Khidmat Masyarakat ( Khidmas )
7. PEMANTAUAN
7.1 Tugas pemantauan terhadap pelaksanaan / laporan aktiviti
hendaklah dilakukan oleh :
– Pengarah PelajaranNegeri
– Pegawai-Pegawai JPN
– Jurulatih KRS Negeri
– Pegawai Pelajaran Daerah
– Pengetua/ Guru Besar